SOLYMONE BLOG

TERESA KOK FAIL SAMAN SEBANYAK RM30 JUTA

MUKTAKHIR
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menfailkan saman malu RM30 juta terhadap penyumbang artikel yang juga Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya serta Utusan Melayu (M) Berhad kerana menerbitkan artikel fitnah mengenainya.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Jalan Duta, pagi ini mengenai cerpen berjudul "Politik Baru YB. J" yang ditulis oleh Chamil Wariya yang diterbitkan Utusan Malaysia.

Bacaan selanjut nya....

BERITA HARIAN ONLINE
..............................................................................................

Kenyataan Akhbar Sekretariat Pakatan
20 Oktober 2008

Utusan Malaysia mempromosikan keganasan

Pakatan Rakyat mengecam tindakan akhbar harian Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah cerpen yang mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman baru-baru ini.

Dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Politik Baru YBJ” tulisan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia minggu lepas mengisahkan mengenai perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine untuk menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Cerpen tersebut mengambarkan Josephine sebagai pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh Parti Orang Melayu (POM). Akhirnya beliau ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali atas sebab beliau “adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini”.

Pakatan Rakyat melihat cerpen yang bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA baru-baru ini.

Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.

Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak bulan Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman. Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen. Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Kami dengan ini mendesak agar Utusan Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang membuat provokasi berbaur perkauman. Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini..

YB. Dr Hatta Ramli YB Tian Chua YB Anthony Loke
Bendahari Agung PAS Ketua Penerangan PKR Ketua Pemuda DAP

0 comments:

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin