“Langkah ini jelas menghakis hak penonton untuk menerima berita Mandarin.
“Kementerian Penerangan sewajarnya menyediakan dasar penyiaran nasional yang adil bagi membolehkan hak siaran yang sama bagi pelbagai kaum,” kata jurucakapnya Lee Wei Kiat.
“Berikutan peningkatan pengaruh ekonomi dari China, ramai dan kian ramai rakyat Malaysia mempelajari Mandarin.
“Bagaimanapun, Kementerian Penerangan bertindak sebaliknya dengan mengurangkan masa siaran berita Mandarin,” tambahnya dalam sebuah kenyataan hari ini, mengulas pengumuman menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Parti komponen BN itu juga kecewa dengan perpindahan program itu kepada saluran RTM1 – sebelumnya ia disiarkan RTM2 – yang dijadikan alasan untuk mengurangkan masa siaran tersebut.
Mulai 2009, berita Mandarin disiarkan pada 8 malam, diikuti berita Tamil. Berita utama dalam Bahasa Malaysia pula dianjak ke jam 9 malam.
Bercakap di Dewan Rakyat kelmarin, Ahmad Shabery meminta pihak tertentu tidak terlalu sensitif dengan pengurangan masa siaran itu kerana ia tiada kena-mengena dengan sentimen perkauman.
SABAHDAILY.COM
Sunday, 14 December, 2008
Salam bro,
Rasanya isu ini sesuai dijawab oleh Timbalan Penerangan Malaysia bagi mewakili pemimpin Cina... Kita risau isu ini bakal dijadikan isu perkauman... jika terlalu dibincangkan di peringkat atasan...
Sunday, 14 December, 2008
Salam kembali Sumandak,
Bagi saya, demand untuk memanjangkan program bahasa Cina di RTM itu, tak perlu di risaukan sangat. Sabenar nya, untuk menonton program -program TV berbahasa Cina, banyak sabenar nya. Saperti Channel 502,. 708, 301, 302,304 dan banyak lagi channel berupa ‘pay preview’ dan sebagai nya.
Kalau di fikirkan bahasa lain saperti Kadazan, Iban dan Bajau tidak pun mendapat keutamaan saperti bahasa Cina. Sepatut nya mereka ini yang perlu di ikthiarkan untuk di beri peluang . Bukan di sebalik nya.
Selalu nya hal-hal saperti ini tidak akan mendapat political support yang sapenuh nya. Dulu pun mereka cuba, tetapi tidak sampai kemana.
Monday, 15 December, 2008
Salam....
Kalau nak dibagi betis, mana cukup..mahu juga dengan paha,dgn sayap..semuanya sekali!!
Inilah masalah dengan kawan2 dalam rumah BN sekarang..masing2 nak tunjuk taring, kalau taring tu tajam ndak apa..kalau tumpul, jadilah macam Sup Anjing Panas Panas (SAPP)..lugai-lugai ndak tentu arah....
Malas tah aku ingau....
Post a Comment