SOLYMONE BLOG

PEMBANGKANG THAILAND YAKIN TUBUH KERAJAAN

Oxford-educated Abhisit Vejjajiva, 44 tahun. Pemimpin parti People's Alliance for Democracy (PAD)
BANGKOK - Parti pembangkang Thailand, Parti Demokrat hari ini mendakwa mendapat sokongan lima parti dalam perikatan pemerintah dan akan cuba menarik beberapa Ahli Parlimen parti utama dalam usaha membentuk kerajaan baru.
Mahkamah Perlembagaan pada Selasa lalu membubarkan tiga daripada parti tersebut, termasuk yang terbesar iaitu Parti Kuasa Rakyat (PPP) kerana didapati bersalah melakukan penipuan pada pilihan raya.
Keadaan itu memaksa para pemimpin PPP meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet dan pemimpin perlu memilih Perdana Menteri dan semua parti terlibat kini terlibat dalam percaturan kuasa.
Ahli Parlimen daripada parti yang dibubarkan telah beralih kepada parti baru dan pada teorinya perikatan campuran masih boleh terus berkuasa tetapi dengan parti-parti berlainan nama.
Bagaimanapun jurucakap Parti Demokrat, Buranaj Smutharaks berkata, parti beliau berharap untuk menghalang tindakan itu.
"Demokrat menawarkan diri untuk mengetuai kerajaan campuran baru dengan sokongan lima parti dan kami membuka pintu kepada orang lain yang mahu menyertai kami," katanya dengan menambah, parti tersebut akan mengadakan sidang media lewat hari ini.
Demokrat dan lima parti kecil mungkin mampu untuk menguasai majoriti di Parlimen.
Menurut angka daripada pegawai Parlimen, Demokrat yang menduduki 165 kerusi bersama-sama lima parti berkenaan akan menguasai 229 kerusi di Parlimen.
Jumlah itu mengatasi 219 kerusi yang dipegang oleh PPP atau parti Puea Thai yang menggantikannya, selagi semua anggota kelima-lima parti lebih kecil berpaling tadah.
Beberapa anggota PPP sudah menyatakan mereka mungkin tidak menyertai Puea Thai dan mungkin juga tertarik untuk menyokong Demokrat - usaha yang bakal melegakan hati para penunjuk perasaan antikerajaan.
0 comments:

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin