SOLYMONE BLOG

4 MAYAT DITEMUI DI LOKASI TANAH RUNTUH

BERITA TERKINI


KUALA LUMPUR 6 Dis. (12:03 PM ) — Pasukan pencari dan penyelamat sedang berusaha gigih untuk mencari tujuh lagi mangsa yang masih terperangkap dalam rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini.
Setakat ini, tiga orang telah disahkan terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi yang membabitkan sebanyak 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.
Jumlah korban itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.Mangsa korban itu melibatkan seorang ibu dan anaknya dan seorang lelaki lagi. Identiti mangsa masih belum dikenali.

CHRONICLES INCIDENT TANAH RUNTUH DI KAWASAN KUALA LUMPUR
1.0
) Banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

1.1)Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.

1.2)Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.

2.0) Ketua Setiausaha Sulit PM turut menjadi mangsa tanah runtuh

2.1)Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang merupakan seorang daripada penduduk di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, bersyukur kerana terselamat daripada kejadian malang itu.

2.2)Beliau berkata, ketika kejadian beliau sekeluarga tiada di rumah sebaliknya bermalam dirumah ibunya di Kampung Baru di sini.

3.0) Bunyi ribut, bom meletup sebelum tanah runtuh – saksi

3.1) Seorang saksi berkata beliau mendengar bunyi seakan-akan ribut dan diikuti dengan bunyi letupan sebelum kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.

3.2) Hassan Saad, 48, berkata semasa sedang menonton televisyen di ruang tamunya pada pukul 4 pagi tadi, beliau tiba-tiba terdengar bunyi bagaikan ribut lalu menjenguk ke luar rumahnya dan melihat keadaan tenang dan pokok-pokok di situ tidak bergoyang.

3.3) Ahli perniagaan itu kembali menonton televisyen sebelum tiba-tiba terdengar bunyi seperti bom meletup dan terus bergegas ke luar rumahnya, dan melihat runtuhan tanah dari bukit menghempap rumah jirannya yang terletak di depan rumahnya.

3.4) Hassan berkata beliau terus menjerit membangunkan keluarganya yang seramai 10 orang termasuk ibu mentua dan dua sepupunya serta jiran-jirannya supaya menyelamatkan diri.

4.0) Tujuh lagi mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan

4.1) Pasukan pencari dan penyelamat sedang berusaha gigih untuk mencari tujuh lagi mangsa yang masih terperangkap dalam rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Setakat ini, tiga orang telah disahkan terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi yang membabitkan sebanyak 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

4.2) Jumlah korban itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. Mangsa korban itu

5.0) Najib: Kerajaan tidak akan benarkan lagi pembangunan di lereng bukit

5.1) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas untuk tidak membenarkan seberang pembangunan dilakukan di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi.

5.2) Beliau berkata, ini berikutan keadaan cuaca hujan lebat serta kemungkinan terdapatnya aliran air bawah tanah yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. ``Jadi para pemaju diminta supaya tidak mendesak kerajaan meluluskan permohonan melakukan sebarang pembangunan di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi tanah runtuh.

6.0) Najib : tiga mayat telah dikeluarkan

6.1) Tiga mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah dikeluarkan sementara tujuh lagi dikhuatiri masih tertimbus.

6.2) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan penyelamat yang antaranya terdiri daripada pasukan polis, tentera, dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sedang menjalankan tugas dengan baik dalam membantu menyelamatkan mangsa-mangsa kejadian.

7.0) 14 mangsa alami cedera ringan, lapan dibenar pulang

7.1) Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 14 orang mangsa dari lingkungan umur tiga bulan hingga 77 tahun yang mengalami kecederaan ringan ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi tadi.

7.2) Dalam jumlah itu, lapan daripadanya telah dibenarkan pulang ke rumah dan enam lagi masih dirawat di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.Jurucakap HKL berkata, pihaknya bekerjasama dengan Hospital Ampang untuk membantu mangsa yang tercedera dalam kejadian

melibatkan seorang ibu dan anaknya dan seorang lelaki lagi. Identiti mangsa masih belum dikenali.

8.0) Kejadian tanah runtuh amaran kedua selepas Highland Towers - PM

8.1) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini pagi ini sebagai amaran kedua selepas kejadian pertama di Pangsapuri Highland Towers 15 tahun lalu.
8.2) Justeru Perdana Menteri berkata, beliau mahukan segala projek pembangunan di kawasan tadahan air dan lereng bukit dihentikan. “Kalau pihak pemaju mahukan keuntungan melalui projek di lereng bukit, ia akan menyebabkan kerugian di kemudian hari,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

9.0) 1,500 rumah di Bukit Antarabangsa akan bergelap malam ini
9.1) Sebanyak 1,500 buah rumah di Bukit Antarabangsa akan bergelap malam ini kerana kerja-kerja membaik pulih 12 pencawang tidak dapat disiapkan sepenuhya
9.2) Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini hanya 12 pencawang sahaja dapat dibaik pulih kerana kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dibenarkan menghampiri pencawang oleh pihak keselamatan.

10.0) Wanita Indonesia mangsa keempat ditemui
10.1) Mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Surinah ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dekat sini malam ini, menjadikan jumlah maut setakat ini empat orang.Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu, ditemui di rumah nombor 15 dan berjaya dibawa keluar pada pukul 7.40 malam.

0 comments:

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin