Telah sah bahawa Obama-Biden (Democrat) akan bertemu dengan McCain-Palin(Republican) dalam perebutan jawatan Presiden dan Naib America Syarikat pada bulan November akan datang. Berita ini telah tersibar luas, di seluruh Dunia, termasuk Malaysia. Masing-masing menunggu " The next President of America; the most powerful man in the world".
EXPENDABLE SABAH, THE LAND BELOW THE WIND
Image symbolize Wind Of Change
Dalam nisbah yang sangat kecil, berita perlompatan MP Sabah untuk menyertai Pakatan Rakyat(PR), tidak kurang juga hangat nya. Yang menarik, ada lah kesan berantai akibat spekulasi magik sept 16 ini. Seakan-akan menjadi wabak phobia di Sabah.
Walau pun pada asas nya semua Pemimpin BN di sini telah menolak sekeras-keras nya kemungkinan perlompatan tersebut, namun jelas sekali perbalahan pendapat telah menular di kalangan mereka. SAPP versus SAPP, PBS versus UPKO dan UMNO versus UMNO.
Berita tempatan hari ini menyatakan bahawa dua Naib Presiden dan beberapa Ahli majlis tertinggi SAPP di jangka akan meninggalkan parti kerana telah bosan dengan corak kepimpinan Datuk Yong Teck Lee selaku Presiden parti.
Manakala Naib Presiden PBS Datuk Herbert Timbon Lagadan telah mempersoalkan pendirian Presiden UPKO Datuk Seri Bernard Dompok yang selalu mempersetujui tindakan salah laku Datuk Yong Teck Lee terhadap Pak Lah selaku Perdana Menteri khas nya dan UMNO pusat am nya.
Walaupun perbalahan diantara Pemimpin-Pemimpin UMNO di sini tidak ketara , namun di peringkat bahagian perpecahan kalangan ahli dan pemimpin sungguh jelas sekali. Ini berpunca kerana Pertandingan dan pemilihan UMNO Bahagian di Sabah.

Menurut khabar, dari utara negeri Sabah, Pantai Barat, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah, suara mengkritik, merendah-rendahkan malah menghina sesama pemimpin dalam parti kedengaran semakin lantang di kedai-kedai kopi dan tempat awam.
Malang nya ada yang berpendapat kalau trend percakaran ini berterusan maka tidak heran kalau UMNO Sabah akan ranap.
Bagi saya, tindakan yang terlalu defensive selalu nya berakhir dengan keputusan yang disebalik nya. Apa lagi kalau pengakuan itu di buat berlandas kan ideologi politik. Kebanyakan janji hanya tinggal janji.
EPILOGUE
Maseh ada sepuluh hari lagi sebelum fenomena magik sept 16. So, relak dan bersabar. Maseh ada ruang untuk kita menunggu sama ada sesuatu akan berlaku nanti.
Maseh ada sepuluh hari lagi sebelum fenomena magik sept 16. So, relak dan bersabar. Maseh ada ruang untuk kita menunggu sama ada sesuatu akan berlaku nanti.
Post a Comment