SOLYMONE BLOG

ANWAR OH ANWAR

Labels:
PRELUDE
Kepada pembaca yang belum pernah melawat blog MP Kota Belud, di sini saya kongsikan ringkasan pendapat saya terhadap komen MP Kota Belud, Dato Abdul Rahman Hj Dahlan yang berjodol "Anwar oh Anwar ".
Obviously, I had ‘touch up’ my following comments, here and there to suit the situation.
YB Dato Abdul Rahman Dahlan MP Kota Belud
Assalamualaikum Dato dan selamat berpuasa. Semoga Dato dan keluarga di murahkan rezki selalu. Sebagai ahli keluarga, saya mendoakan agar perjalanan kempen Dato untuk merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Tuaran dapat berjalan dengan lancar dan di rahmati Tuhan .
Untuk permulaan, saya rekod kan di sini bahawa saya setuju dengan motto Dato, “kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut di nilai orang jangan jadi wakil rakyat “. Sangat relevan untuk orang-orang politik.
Merujuk kepada komen Dato tentang Anwar dan pergolakan politik semasa di Malaysia saya tertarik juga untuk menyumbangkan pendapat . Pendapat yang banyak berkaitan dengan isu-isu yang telah Dato hurai kan dengan panjang lebar
Saya tidak ada masaalah dengan kritikan Dato terhadap DSAI , Pakatan rakyat dan Associates (kumpulan masyarakat madani). Kerana pada pendapat saya, dalam beberapa hal-hal yang tertentu mungkin ada juga kebenaran nya.
Soal penglibatan Amerika dalam dunia politik DSAI pun saya tidak akan sentuh kerana sebenar nya pengetahuan saya dalam hal tersebut , maseh lagi samar-samar.
Walau pun pada dasar nya saya mempunyai ideologi politik yang sealiran dengan DSAI, namun saya maseh selesa dengan pendirian saya sendiri .Tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
TEPUK DADA TANYA SELERA
Orang kata daun tak kan bergoyang kalau angin tidak bertiup. So, rasa nya spekulasi yang kita dengar di sana sini mengenai perlompatan MP BN ke PR tidak akan timbul kalau tiada punca nya. Bagi saya hal-hal saperti ini tidak akan ujud lansung kalau usaha kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN selama ini tidak lari dari sasaran. Maksud nya gagal dalam Perancangan dan Perlaksanaan yang di janji kan kepada rakyat . Hal ini amat terasa oleh golongan yang berpendapatan rendah dan belia-belia yang banyak menggangur. Saperti yang berlaku di Sabah. Rasa nya Dato faham apa yang saya maksud kan.
Pada pendapat saya isu DSAI as a person, bukan lah masaalah sangat kepada BN dan rakyat Malaysia. Tetapi apa yang menarik ia lah kelahiran satu golongan yang tertarik dengan Doctrine Anwarisma.
Doctrine ini telah pun menular di hati golongan elite sejak DSAI aktif semula berpolitik selepas keluar dari penjara . Golongan ini dianggotai oleh muda mudi dari berbilang bangsa dan kaum dan berada di mana-mana. Sama ada di dalam atau pun di luar Malaysia.
Golongan ini amat susah di kenal pasti. Kerana ada yang bersuara dan ada yang tidak. Tetapi diam-diam menyebarkan risalah melalui website. Pergerakan secara senyap-senyap ini telah mulai mendapat perhatian masyarakat di dalam dan luar bandar.
Sejauh mana berkesan nya aktiviti sebaran golongan ini, masa juga akan menentukan.
Pada hakikat nya, ada lah tidak adil lagi kejam untuk semata-mata mempersalahkan golongan ini. Kerana mereka ini lahir di sebab kan kelemahan sistem BN untuk memantau ketidakpuasan hati golongan ini sejak dari awal lagi.
Ketara sangat bahawa maseh banyak pemimpin-pemimpin BN yang telah lupa bahawa masa sudah berubah. Mereka seakan-akan belum bangun dari mimpi.
Daripada sibuk dan taksub menyalahkan parti lawan, sepatut nya kerajaan BN sendiri berani mereview kan masaalah dalaman yang sedia ada. Memang tidak dapat di nafikan bahawa BN sedang berusaha keras untuk membuat perubahan . Namun sifat-sifat yang tidak mahu berkompromi dikalangan pemimpin BN di jangka akan melambatkan lagi niat tersebut. However, time is running out.
Bagi saya September 16, tarikh lompat sikatak lompat ini bukan lah penting sangat. Kemungkinan besar ia tidak akan terjadi. Apa yang merisaukan ada lah perbalahan antara komponen BN yang kini nampak bertambah tenat. Masaalah Nasional antara Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dan GERAKAN maseh belum pun selesai.
Manakala masaalah dalaman parti SAPP di Sabah makin bertambah teruk. Di samping itu perbalahan sengit di antara UMNO akibat perebutan jawatan di peringkat Bahagian, pasti tidak dapat di sorok.
0 comments:

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin