Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas sikap peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak empat kali.
“Saya tidak suka dengar bila harga barang tidak mahu turun walaupun minyak sudah empat kali turun (tidak termasuk penurunan yang berkuat kuasa esok), seolah-olah mereka nak cari untung besar,” tegas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, langkah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu memboikot peniaga yang menjual barang dengan harga mahal walaupun harga minyak telah turun adalah wajar.
“Persatuan pengguna memainkan peranan besar. Jangan asyik marah kerajaan bila harga minyak naik tapi bila turun haruslah bantu kerajaan turunkan harga barang juga,” katanya.
Beliau mahu NGO berkaitan pengguna memainkan peranan lebih aktif berbincang dengan wakil-wakil peniaga untuk menurunkan harga barang.
Sabtu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.
Perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Mengulas lanjut pengumuman penurunan harga minyak hari ini, Abdullah berkata, langkah itu membuktikan kerajaan patuh kepada janjinya untuk berbuat demikian apabila harga minyak di pasaran turun.
“Kerajaan sudah berjanji kepada rakyat apabila harga minyak di pasaran turun kita akan turunkan harga dan kita akan terus pantau harga minyak ini,” jelasnya.

Tuesday, 18 November, 2008
Keputusan orang politik dan keputusan peniaga tidak sama.
Orang politik ikut sedap cakap. Orang berniaga ada buku akaun termasuk untung rugi.
Keputusan orang politik telah sedikit sebanyak menimbulkan kerugian akibat kos yang tinggi.
Kini, masa untuk imbang balik buku akaun.
Jika PM telah enggan rayuan Rakyat untuk tidak menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan dia terus berdegil, kenapa pula para peniaga tidak perlu enggan menghormati bidasannya.
Asal mulanya siapa yang menaikkan harga minyak petrol dan diesel?
Kedua-dua pihak ini jika tidak memikirkan Rakyat Malaysia, kitalah akhirnya yang terbeban.
Wednesday, 19 November, 2008
Salam....
Sepatutnya, kedua pihak perlu bekerjasama untuk kebaikan semua. Adanya persefahaman akan lebih menguntungkan semua pihak termasuk pengguna yang mendapat limpah ruahnya.
Walaupun kerajaan menaikkan harga,bukan bermakna mereka tidak prihatin terhadap kesusahan masyarakat, kerana mereka adalah sebahagian daripadanya. Mereka juga perlu mengambil kira hal-hal lain yang bersangkut paut dengan pengurusan pentadbiran kewangan negara,bukan sedikit yang hendak diurus.
Oleh yang demikian, para peniaga juga perlu berfikiran terbuka semasa menentukan sesuatu keputusan. Mereka rugi,tak banyak yang perlu diambil kira..tapi, kerajaan perlu memikirkan hal satu negara..bukan sikit punya cerita. Tidak akan habis kalau dikupas disini,dan akan jadi cerita `bangau oh bangau'lah jadinya nanti.
Wednesday, 19 November, 2008
Thanks Saudara Zubli and Denakan Jomosama atas komen yang bernas, dengan harapan akan kita kongsikan bersama.
Dalam isu naik dan turun harga barang-barang ini, kita selaku pembeli masing-masing dengan pendapat sendiri.Pendapat macam mana cara untuk mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.
Namun Kesimpulan nya, kita sama-sama terasa berapa susah nya hidup akibat fenomena harga barang naik dengan mendadak ini. Contoh nya beras cap anggor dehulu harga nya cuma RM 19.00. Kini bernilai RM 26.00. Beza nya RM 7.00. Demikian juga dengan nasib nya barang-barang keperluan harian yang lain.
PM telah memberi kita ruang untuk menikmati semula kesejahteraan sejarah lama . kegemilangan harga barang yang sederhana. Namun, peniaga enggan bertindak sepatut nya.
Susah juga untuk kita menunding jari , semata-mata untuk mencari kesalahan. Sedangkan kita tidak ‘ sure’ punca sabenar nya masaalah ini. Kalau ikut hati panas, rasa nak mengadakan demonstrasi saperti yang berlaku di negara lain. Namun,ini pun susah juga; kerana tindakan ini bukan budaya kita.
So, dalam hal saperti ini kita perlu juga bantuan berupa 'Penyelesaian Politik'. Perundingan dan penguatkuasaan, kalau perlu.
Ahli politik yang berkuasa patut turun padang untuk tujuan pemantauan dan mungkin penyelesaian.
Kalau tindakan ini pun gagal, rasa nya kerajaan perlu memikirkan satu perancangan jarak jauh untuk memikirkan konsep ‘Super Market Rakyat’ . Pusat pembelian yang memenuhi selera kerajaan dan rakyat. Jangan sampai ‘The Pirates of Somalia ‘ timbul di negara kita nanti.
Untuk itu kita fikir lah sendiri
Wednesday, 19 November, 2008
Secara teori, harga barang dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran atau pasaran. Pengusaha atau peniaga memangnya berhasrat untuk 'memaksimakan keuntungan" manakala pengguna pula berhasrat untuk "memaksimakan uliliti" pada setiap pembelian. Keseimbangan harga akan bakal dicapai dengan
Campurtangan kerajaan tidak diperlukan untuk membetulkan harga tetapi perlu untuk regularisasi umum. Orang politik, tidak semestinya kerajaan, akan menggunakan isu kenaikan harga barang hanya untuk cari pengaruh atau "cari makan". Itu asam garam politik atau dalam istilah moden "bread and butter" orang politik. Namun akhirnya harga masih
ditentukan oleh pasaran melalui proses mekanisma harga.
Regularisasi kerajaan harus ditupukan kepada "breaking the monopoli and promote competition". Misalnya dalam kontek "harga Beras".. Ianya pasti akan turun segera kiranya Monopoli BERNAS dilonggarkan dan persaingan sihat dibenarkan. Soalnya "kiranya BERNAS terus diberi hak monopoli oleh kerajaan, sepatutnya kerajaan sendiri yang bertanggungjawab ke atas TIDAK TURUNNYA HARGA BERAS, BUKAN PENIAGA"-Lihat contoh lain yang diberi monopoli...pengimpot gula misalnya..
Post a Comment