MALAYSIA mencadangkan satu tabung baru dengan dana yang lebih besar diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu negara membangun mengatasi masalah perubahan iklim dengan lebih berkesan.
PERUBAHAN IKLIM MENURUT DATUK SERI SYED HAMID ALBAR
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada mesyuarat peringkat tinggi tidak formal mengenai perubahan iklim anjuran PBB, berkata negara maju mesti komited menawarkan pembiayaan dan teknologi kepada negara membangun bagi membentuk satu rejim iklim yang berkesan selepas Protokol Kyoto berakhir pada 2012.
Protokol Kyoto diasaskan pada Konvensyen Rangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim dan menetapkan sasaran dan jadual pengurangan pelepasan gas rumah hijau wajib dipatuhi oleh negara perindustrian. Amerika Syarikat tidak memeterai protokol ini.
Syed Hamid berkata, Malaysia sudah mengambil langkah terbaik untuk menangani masalah perubahan cuaca pada masa kini dan akan datang. menurut beliau ,"Mengikut rancangan pembangunan lima tahun, Malaysia sudah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk melakukan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kerosakan alam sekitar pada peringkat sumbernya, meningkatkan usaha pemuliharaan dan menguruskan sumber alam semula jadi secara mapan. Beliau berkata, perubahan iklim bukan saja menyebabkan cuaca melampau, tetapi mempunyai kesan negatif terhadap pertanian, kepelbagaian biologi, hutan, air bersih dan meningkatkan kes penyakit seperti malaria dan denggi. Katanya, ia turut menyebabkan kawasan rendah dilanda banjir seperti dialami Malaysia pada Disember 2005 dan 2006 serta Januari tahun ini yang mengakibatkan kerugian RM4 bilion. "

PERUBAHAN IKLIM MENURUT DATO NAJIB
menurut Timbalan Perdana Menteri, fenomena itu adalah nyata dan mempunyai kesan meluas, manakala usaha menanganinya memerlukan tindakan sepadu serta sepakat sama ada dalam sesebuah negara mahupun global. “Oleh kerana bumi adalah satu-satunya tempat tinggal manusia, berdiam diri dengan hanya menjadi penonton tanpa mengendahkannya bukan satu pilihan. Kita dikurniakan alam sekitar dan iklim yang membolehkan generasi kita hidup dalam keadaan sihat, bermakna dan produktif. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab moral kita untuk menyerahkan dunia yang sihat dan sesuai bagi kehidupan kepada generasi akan datang,” kata beliau.
PANDANGAN ORANG SABAH TERHADAP PENCEMARAN ALAM
Oleh kerana isu ini melibatkan negeri kita, saya telah menemui beberapa orang Mahasiswa tempatan dan bertanya pendapat mereka tentang langkah-langkah yang patut di ambil untuk mengatasi masaalah tersebut. Antara lain, pendapat mereka ada lah saperti berikut;
1). Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku boleh diatasi dengan melakukan perkara berikut:
a. menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan;
b. menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya;
c. mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar;
d. mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kampung, taman perumahan, dan sebagainya;
e. penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.
2). Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.
3). Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan keindahan yang selama ini kita nikmati akan musnah.
4). Pengabaian kepada alam sekitar juga menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya.

Post a Comment