Sunday, September 7, 2008

KERAJAAN SABAH KUKUH - KETUA MENTERI SABAH


http://malaysiatoday.com/Berita/kerajaan-sabah-kukuh-ketua-menteri.html
Saya harap Datuk Seri Musa Aman(DSMA) dapat membaca responses saya dalam blog ini. Agar DSMA sedar bahawa tidak semua orang yang sependapat dengan beliau.
Selaku seorang yang mempunyai segala-gala nya, mahu pun dari segi kuasa, pangkat besar dan ekonomi yang lebih dari kukuh, memang mudah bagi DSMA untuk berkata-kata dan memberi menasihat .
Saya rasa Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, yang tidak banyak mendapat privileges selain dari mewakili rakyat semata-mata, tidak lah semudah itu untuk menerima terus nasihat DSMA. Walau pun mungkin pada hakikat nya niat DSMA ini murni.
Cadangan untuk berhenti dari berpolitik demi untuk menumpukan perhatian pada hal-hal yang lain, ada lah cadangan yang konyol. Sedang kan pada hakikat nya YB-YB ini mendapat kedudukan saperti sekarang ini, di sebab kan kebolehan mereka berpolitik. Pelik lagi menarik tetapi sangat-sangat tidak logik.
Arahan DSMA kepada YB-YB yang terlibat supaya menumpuhkan perhatian kepada tanggung jawab untuk merancang program dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat ada lah semata-mata gimik yang mengelirukan. Kerana YB-YB tersebut sabenar nya tahu bahawa program pembangunan yang di maksudkan hanya lah ada cuma pada kertas. Tetapi sabenar nya tidak berperuntukan atau menghadapi kegawatan peruntukan.
Selain dari beberapa kawasan yang di anggapkan bernasib baik kerana mendapat projek gula-gula. Yang lain hampir–hampir semua nya masih lagi ketandusan. Janji hanya lah tinggal janji.
Selain dari subsidi dan beberapa program-program jarak pendek yang kalut lagi mengarut, setakat ini tidak ada program-program pembangunan realiti yang bersepadu lagi jelas. Tiada Program intensif yang dijangka akan dapat membasmikan kemiskinan disamping mengurangkan lagi gejala pengangguran yang dahsyat di kalangan belia dan beliawanis Sabah.
Program yang sedang berjalan kini, kebanyakan nya berorientasi kan pembangunan urban dan suburban saperti membesarkan jalan, Jejambat, baik pulih jalan, coastal township dan sebagai nya. Semua ini semata-mata untuk kesejahteraan warga kota.
Kecuali Pembangunan Perladangan yang sedia ada di pantai timor Sabah, Pembangunan Industri jenis SMA yang terancang lagi berperuntukan di luar-luar bandar pada keseluruhan nya, maseh hampir-hampir zero.

Cadangan untuk merealisasi kan People Super Corridor di Sabah , sabenar nya ada lah semata mata impian dan khayalan yang tidak akan menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment