Saturday, September 6, 2008

KEMANA HILANG NYA SUARA PARTI KEADILAN SABAH

Dalam keghairahan menunggu sama ada peralihan kerajaan pada September 16 ini menjadi atau pun tidak, ada juga tertanya-tanya di mana kah hilang nya suara Parti Keadilan Sabah masa kini. Setakat ini kita cuma mendengar komen dari Datuk Dr Jeffry Kitingan semasa berada di Permatang Pauh baru-baru ini. Yang lain hanya sunyi dan sepi, seakan-akan di telan gelombang taupan Hanna yang kini maseh melanda lautan Caribbean dan kepulauan Haiti.
Tidak dapat di nafikan bahawa tahun lalu dan sabelum Pilihan Raya Umum(PRU) 2008, Parti KEADILAN Sabah telah menggegarkan Negeri Sabah dengan laungan ‘ Keadilan untuk sabah’. Dalam menyempurnakan missi murni tersebut, Pemimpin-Pemimpin parti KEADILAN telah melawat seluruh negeri Sabah.
Antara Pemimpin-Pemimpin tersebut termasuk lah Datuk Dr Jeffry Kitingan, Hj Ansari Abdullah, Christina Liew, Datuk Chau Chin Tang, Ag Ahmadsah Ag Sahari, Datuk Nahalan Dansal, Datuk Dr. Hasbullah Tahadan, Datuk Kong Hong Ming, Ahmad Thamrin Jaini dan Datu Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Satelah kegagalan mendapat sebarang kerusi pada PRU lalu, tiada lagi aktiviti besar yang telah di laksanakan disini. Sunyi sesunyi Permatang Pauh satelah pilihan raya kecil tamat di sana.
Disamping itu kita juga telah difahamkan bahawa masa kini beberapa pemimpin bertaraf lieutenant dalam parti saperti Kanul, Fidellis,Dino ,Aziz Abd Hamid dan lain-lain lagi telah mula meninggalkan parti KEADILAN Sabah. Alasan mereka ada lah mereka keliru dengan karina perebutan kuasa dalam parti tersebut. Menurut mereka kegagalan teruk parti pada PRU baru-baru ini kebanyakan nya berpunca dari gara-gara tidak sefahaman diantara Datuk Dr Jeffry dan Hj Ansari dalam pemilihan calun.
Ada juga yang mengatakan bahawa kini dalam diam-diam, Pemimpin KEADILAN Sabah sedang sibuk menjalankan peranan sebagai orang tengah dalam proses perlompatan ahli-ahli MP BN Sabah dan Sarawak ke Pakatan Rakyat.
Benar atau tidaknya stipulasi ini, kita akan ketahui juga akhir nya selepas September 16 ini.
Soal nya bagaimana kah kedudukan parti KEADILAN Sabah nanti kalau spekulasi perlompatan ini benar terjadi. Dalam kontek politik, parti-parti BN yang akan menyertai PR itu nanti pasti akan mencabar kedudukan parti KEADILAN Sabah dalam hati rakyat di sini.
Agak nya, persoalan-persoalan ini hanya dapat di jawab oleh Datuk Dr Jeffry Kitingan Naib Presiden KEADILAN Pusat atau HJ. Ansari Abdullah selaku Ketua Perhubungan parti KEADILAN Negeri Sabah masa kini.
Akhir nya,kita hanya mampu menunggu dan melihat.
"What ever the result is, the answer will stil be the same - Poverty and Unemployment "

No comments:

Post a Comment