Saturday, October 18, 2008

ANWAR IBRAHIM - JEJAKA MISTRI NUSANTARA

INDISPENSIBLE ANWAR IBRAHIM ( Malay Version)

Cerita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), hingga kini maseh lagi menjadi topik yang hangat. Banyak yang negatif dan kadang kala ada juga positif. Saperti yang kita tahu, station TV luar negara saperti CNN, BBC ABC dan Aljazeera pun pernah membesar-besarkan berita mengenai isu yang melibatkan DSAI.
Berita mengenai hubungan rapat beliau dengan Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur, mantan Bapak Presiden Indonesia juga tidak lepas di pertikaikan.
Hubungan beliau dengan negara barat terutama sekali negara Amerika telah di besar-besar kan di sana sini. Seakan-akan cerita ini telah menjadi satu batu ukiran atau tugu peringatan.
kalau di biarkan, mungkin ia nya hanya berkembang setakat menjadi sebuah buku sastera atau 'story tales'.
However, kalau cerita ini terus juga di perhangat-hangatkan, tidak heran kalau ia nya boleh bertukar menjadi energy saperti sebuah gunung berapi. Bila meletup, susah padah nya.
Di hujung sana ' young, intellectual and very intelligent voters' sedang memerhati perkembangan ini. " The more we talks, the more they disagree with us".
ANWAR YANG PERNAH SAYA KENALI
DSAI yang saya kenal , pada suatu ketika , semasa saya bersama YB. Tan Seri Muhyidin Yassin, Dato Ibrahim Ali dan Datuk Mohd Ali Rustam, sama-sama mewakili Malaysia dalam program pertukaran belia sedunia di Kanada, tidak jauh beza dengan DSAI yang kini.
Knowledgeable, charming, out spoken and extremely very religious. Saorang anak melayu yang layak di gelarkan ‘jejaka mistri nusantara’. Unik dan mempunyai minda bertaraf tujuh bintang atau world class.
DESTINY COMING FROM THE FRONTIER OF HEAVEN
Apa pun yang berlaku masa kini sehingga mengujudkan kebencian satengah rakyat Malaysia terhadap DSAI , tidak akan mengubahkan hormat saya pada DSAI.
Saperti Tun M, ‘ political career ‘ beliau penuh dengan cabaran yang membara. Mereka masing-masing terpaksa mengalami masa lalu yang penuh dengan liku-liku. Beza nya, Tun M telah pernah menjadi PM Malaysia. DSAI belum.
Saya rasa apa pun yang berlaku pada negara kita pada masa kini, ada lah tragedi sedih. Pasti nya ada hubungan kait dengan sejarah yang melibatkan persahabatan di antara Tun M dan DSAI. Atau ia nya satu kesilapan yang terjadi dalam percaturan politik. Bukan di rancang oleh sesiapa tetapi telah di tentukan oleh ‘Destiny coming from the frontier of Heaven’.
PERJUANGAN ANWAR MASEH BELUM SELESAI
Dalam persoalan siapa salah siapa, bagi saya amat susah untuk di putuskan. Kerana missi, visi dan perjuangan DSAI maseh belum selesai. Orang kata, takdir dan rezki terletak di tangan Allah. Suka atau pun tidak, ruang untuk kita menunggu tetap terbuka luas.
Terutama sekali satelah Pak Lah dengan rasmi nya menyerahkan kuasa pada Dato Najib nanti. Selepas itu, apa-apa pun boleh terjadi. Tidak samesti nya, berpunca dari DSAI . 'It could be coming from a magic hand at work'.
EPILOG
Secara peribadi, saya tidak lah terpengaruh atau fanatik sangat terhadap janji-janji DSAI. Dalam soal ini, saya mempunyai pendirian dan pandangan sendiri ‘ what is best for my country, the land beneath the wind’.
Semesti nya ada perbezaan dengan deklarasi yang pernah di persetujui oleh DSAI dengan PKR Sabah.
‘To me, the interest of the people of sabah and the security of the nation must come first’. Secara peribadi, saya tidak banyak masaalah dengan kerajaan sekarang atau pun ‘The Shadow Government of DSAI’.
Yang penting, ia lah pemimpin-pemimpin yang sedia ada, perlu di ‘Overhaul, Restructured or even Replaced’.

No comments:

Post a Comment