SOLYMONE BLOG

PERHITUNGAN DI PERMATANG PAUH

Labels:
For those who hadnot access his blog website, Let share what my friend a blogger and the author of SabahKita feels about the on going election in Permatang Pauh. For further details my friend can be accessed through his blog.

  • Di ambang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Anwar telahpun menerima serangan peribadi yang pertama. Sekalipun YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia membuat kenyataan menafikan dakwaan liwat melibatkan Anwar sengaja dirancang bagi memesongkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang sedang dialami oleh kerajaan ketika ini, pandangan umum masih tetap menyatakan bahawa kes liwat itu adalah senjata yang diharapkan sebagai pemusnah karear politik Anwar.
  • Permatang Pauh memang sarat mengandung dengan “sejarah masam” bagi BN sejak Anwar dipecat dari UMNO. Pada saat BN hampir menyapu bersih kerusi parliament dalam PR11, permatang pauh tetap membuahkan “pauh yang masam” buat BN. Datin Seri Puan Wan Dr. Azizah Wan Ismail (DSPAWI) tetap menjadi pilihan majoriti para pengundi di Permatang Pauh.
  • Pilihanraya Umum ke 11 hampir menjeratkan Presiden PKR itu ke perangkap tangan-tangan ghaib sehingga pada penghitungan pertama undi, DSPAWI telah didapati “kalah”. Namun lawannya seorang Ustaz yang takut dan berpegang kuat kepada hukum Allah SWT, akur pada kiraan semula yang memihak kepada presiden PKR itu.
  • DSPAWI adalah bayang-bayang DSAI di Permatang Pauh. Kali ini, DSAI menjelma sebagai calon yang bakal ditentang calon BN. Pertentangan kali dilihat bukanlah antara Anwar semata-mata dengan Mr X ,calon BN. Perhitungan kali ini adalah antara PR dengan BN. Lebih ketara ialah pertarungan mempertahankan posisi Anwar sebagai “Perdana Menteri Menanti” bagi menafikan kedudukan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang juga sebagai “Perdana Menteri Menanti” selepas Pak Lah.
  • Seluruh anggota dan jentera BN pasti akan dikerah ke Permatang Pauh. Seluruh anggota dan jentera PR pasti akan menyambut mereka dengan lebih ghairah. Ghairah kerana inilah julung kali mereka dilihat bukan sebagai “underdog”. Mereka adalah “Tuan Rumah”. Sebagai tuan rumah, mereka rasa “membujur lalu melintang patah”. Keyakinan mereka adalah keyakinan Tuan Rumah.
  • Hakikatnya, pertemuan BN vs PR ini bagaikan permainan bola. ” Bola itu bulat. Peluang tetap terbuka untuk mana-mana parti yang bertanding memenanginya. Istilah kemenangan mutlak dan percuma tidak terpakai pada pilihan raya kecil ini. Jelasnya pertembungan sengit pasti akan berlaku. Anwar anak Penangist, Pak Lah juga anak Penangist. Di belakang Pak Lah ada Najib yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri. Di belakang Anwar, juga sebagai penuntut “Perdana Menteri Menanti” ada Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Memang satu pertembungan sengit bagi kedua-dua belah pihak.
  • Isu-isu pilihanraya nanti pada dasarnya telahpun rakyat tahu dan maklum. Para pengundi atas pagar bilangannya hanyalah sedikit memandangkan kawasan ini kawasan yang maju dan terdedah kepada informasi yang mutakhir. Perkara yang menjadi perkiraan BN ialah mengalahkan Anwar di Permatang Pauh sebagai langkah yang vital bagi memadamkan semarak api perjuangan PR. Bagi Anwar pula, sekiranya dia kalah, “patah sayap terbang jua”. Sekiranya Anwar menang, BN tidak akan hilang kuasa. BN tetap juga memerintah seperti sedia kala. Namun ngauman Anwar bakal menjadi mimpi ngeri buat BN di pentas politik dan parlimen kiranya dia menang dengan majoriti yang besar dan penuh berwarna warni.
  • Percaturan BN dan PR di permatang Pauh amat menarik. Ujian Makkal Shakti dan Agenda Pengukuhan Nasional akan bertembung bagi mencacat sejarah yang bakal diwarisi anak-anak bangsa sampai bila-bila. Apapun isu-isu yang bakal dilemparkan, rasanya, perkara yang menjadi determinan adalah kebolehpercayaan dan keupayaan menawan keyakinan rakyat terhadap pihak yang bertanding dalam merealisasikan "impian indah" anak-anak bangsa. Perkara ini akan pasti akan menjadi sandaran dalam menganugerahkan kemenangan, di Permatang Pauh atau di mana-mana bumi di Permata Nilam.
  • 2 comments:
    This comment has been removed by a blog administrator.

    Hello Tampinai, Saya lihat kerisauan BN di Permatang Pauh semakin menebal dan menjadi-jadi. Semarak bunga-bunga keghairan Anwar menyatakan sejuta keyakinan. YAB PM dan TPM sering membuat penyataan yang BN seolah-olah "BN Tak Yakin Boleh" VS "Yakin Boleh" oleh PR..
    YB Sabbery, Menteri Penerangan berpura-pura kontrol Media massa agar jangan ungkit isu sodomy Anuar dgn Pilihraya Kecil Parliment Permatang Pauh dalam hebahannya.Itu gimmik, satu-satunya yang termurah di pasaran pada era ilflasi yang menggila ini. Kalo Tun M pasti mean "perang", live telecastpun dia akan buat.. Nak menang...Doa agar Tun M tetap sihat wal afiat, walaupun kita tahu ramai yang pening dan mengidap amnesia dalam pilihanraya kecil di permatang Pauh ini.


    VISITORS DETAIL LOCATION


    VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

    SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

    https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

    National Portal News Onine

    Translate

    TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

    TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

    Solymone

    My photo
    Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

    MY FACEBOOK

    VISITORS LOCATION GLOBE

    VISITORS NATIONAL FLAG

    VISITORS GEOFLAGS BY CITY

    WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

    WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
    Clicks To Read

    IINTERNATIONAL BLOGSPOT

    BLOG ARCHIVE

    MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

    MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

    ...................................................................

    ...................................................................
    MALAYSIAN
    Blog Widget by LinkWithin