Kartika Sari Dewi Shukarno will be the first Malaysian woman to be caned under Syariah laws applicable to Muslims.
Source: Reuters
- The mother of two, who also paid a RM5,000 fine, has asked for the punishment, usually carried out in a closed prison, to be done in public.
- She said she had yet to receive any response to her request for a public caning, and is due to be detained in prison for a week beginning Monday, during which time her sentence will be carried out.
- Kartika, a Malaysian married to a Singaporean, was caught drinking by religious authorities at a hotel in Kuantan on Dec 11, 2007.
- She said she had three glasses of beer before the hotel was raided. She and the other patrons were asked to provide urine samples.
- The 20-month ordeal had added to her distress, she said, adding that she respected the law banning alcohol for Muslims and was determined to go through with the punishment – six strokes of the cane.
- She will be fully clothed and kneeling, and struck on the backside with a small thin cane using moderate force.
- Four court appearances over the offence forced her to quit her full-time hospital job and she has since had to rely on part-time modelling jobs.
- “I only declared that I was a model to protect my full-time job. I felt very humiliated because people used my status as a part-time model to publicise my case,” she said.
Kartika tak sabar menanti disebat
ReplyDeleteOleh Siti Mariam Md. Zain
IPOH 23 Ogos - Kartika Sari Dewi Shukarnor bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.
Esok, dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan di penjara bagi membolehkan hukuman sebatan sebanyak enam kali yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang baru-baru ini dilaksanakan.
Walaupun ada pihak mempertikaikan keputusan yang dibuat, namun bagi dirinya apa yang berlaku telah pun tersurat.
Ditanya tentang perasaannya menghadapi detik-detik hukuman tersebut, ibu kepada dua anak ini tenang menjawab: "Saya tak sabar menanti badan saya disebat. Kalau boleh saya ingin hukuman ini dipercepatkan."
Menurut Kartika Sari Dewi, bukan niatnya untuk 'riak' atau sengaja mencari publisiti dengan tindakannya itu tetapi harapannya ialah agar apa yang akan dilaluinya menjadi pengajaran berguna kepada individu lain.
"Saya harap apa yang saya lalui ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain. Itu sahaja harapan saya," katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, dia tidak terganggu dengan hukuman itu kerana dia reda dengan segala balasan yang diterimanya.
''Saya telah melakukan kesalahan dan ini ialah balasan daripada kesalahan yang saya lakukan," ujarnya.
Sdra, I wish that your comment here would be written in English, so that it would be easier for our international readers to understand.
ReplyDeleteHowever, for courtesy sake , I post your 'cut and patch' comments for us to see.
My response;
” Saperti yang anda tahu, baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman enam sebatan, denda RM5,000 dan penjara tiga tahun adalah hukuman maksimum diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah seluruh negara di bawah Akta Mahkamah Syariah. Kartika dikatakan wanita pertama di negara ini dijatuhi hukuman maksimum itu.
Keputusan itu mengundang pertikaian beberapa pihak. Seorang menteri bagi hal ehwal wanita dilaporkan terkejut dengan tindakan hakim, terutama membabitkan hukuman sebat itu.
Justru itu, segala perbahasan pro dan kontra itu membawa kepada beberapa pemerhatian dan kesimpulan.
Pertama, umat Islam tidak harus terkeliru mengatakan hukum digunapakai dalam memutuskan kes tersebut adalah hukum Islam. Meski pun dinamakan hukum syariah, ia sebenarnya masih jauh dari menepati syariat Islam sebenar.
Menurut hukum Islam, peminum arak hendaklah disebat. Jumlah maksimum pernah dilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar ialah 40 sebatan. Saidina Umar pula menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan.
Jumlah maksimum enam sebatan dalam undang-undang syariah Malaysia masih terlalu jauh untuk menyamai apa yang dimaktubkan dalam hukum hudud Allah. Ertinya, pelaksanaannya tidak boleh dijadikan bukti sudah menyempurnakan tuntutan pelaksanaan hukum Islam sebenar. Bagaimana pun dari segi semangat pelaksanaannya, ia suatu pendekatan dialukan.
Kedua, hukuman itu dibantah orang Islam dan bukan Islam. Kalangan bukan Islam selalunya atas hujah hak asasi manusia. Ada pun bagi yang Islam, apakah penentangan mereka atas kemanusiaan juga? Ataukah memang dengan niat membantah pelaksanaan hukum Islam (mengambil kira fahaman mereka kononnya kanun syariah adalah hukum Islam)?.
Ketiga, wujud salah faham ketara berhubung kaedah pelaksanaan hukum sebat itu. Dalam hal ini, pendekatan diambil sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad (26 Julai) lalu wajar dipuji.
Ia menyiarkan dua kumpulan gambar urutan pergerakan tangan penyebat, satu untuk pesalah sivil dan satu pesalah syariah. Perbezaannya ketara, bukan sahaja pada saiz rotan digunakan, malah teknik dan kekuatan hayunan ketika menyebat.
Keempat, sepertimana diharapkan Kartika sendiri, hukuman ke atasnya akan menyedarkan dirinya dan pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama. Kita pula mengharapkan pihak yang melakukan kesalahan serupa dikenakan hukuman sama, sebagai pengajaran kepada umat Islam lain.
Satu contoh klasik, ada seorang menteri besar ke majlis rasmi kerajaan terhoyong-hayang memakain pakaian “Mantoya”. Mungkin wajar ditanyakan, mengapa hanya Kartika diseret ke mahkamah? Mengapa pembesar mabuk yang disaksikan ratusan mata itu tidak didenda dan disebat sama?
Kelima, kes Kartika membuka ruang kepada kita merenung betapa ia sebenarnya hanyalah satu titik kecil dalam lautan hitam pelanggaran hukum Tuhan, khususnya berkaitan pengambilan arak.
Contohnya, sepertimana ditegaskan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia ‘menyebat’ Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak.
“Begitu juga perlu ‘disebat’ pihak terbabit (Umno) yang berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak,” katanya. "
Semoga suksess