KOTA KINABALU : Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah menganggap pemecatan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada UMNO merupakan langkah tepat dalam usaha memperkasakan parti.
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan tindak-tanduk Zaid sebelum ini, ia tidak menggambarkan pemimpin yang setia kepada parti.
Beliau berkata, tindakan Zaid menunjukkan dirinya tidak mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan seterusnya memberi kesan negatif kepada parti.
"Saya fikir pemimpin politik harus memilih sama ada sebelah kiri atau kanan. Ini berkaitan disiplin parti. UMNO tidak mahu mereka yang dikata lidah bercabang.
"Meskipun kita hormati pandangan yang berbeza tetapi kita sebagai pemimpin politik harus mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan jelas. Tidak dua, tidak tiga tetapi satu sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Idris berkata, keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi amat tepat sebagai pengajaran kepada ahli lain supaya tidak melanggar disiplin parti.
Katanya, banyak tindakan Zaid dari awal lagi yang begitu memihak kepada pembangkang dan menunjukkan beliau tidak menghayati perjuangan sebenar parti demi agama bangsa dan negara.

No comments:
Post a Comment