KOTA KINABALU - Penduduk di Taman Jumbo, Petagas sekali lagi tampil memohon kepada pihak yang bertanggungjawab agar mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang niaga.
CIK Y, yang tidak berpuashati dengan situasi tersebut menghubungi Actionline bagi meluahkan kekesalan beliau.
“Saya sudah terbaca aduan 11 dan 15 Disember berhubung masalah harga makanan dan barang yang bertambah mahal. Saya tidak nafikan pihak bertanggungjawab memang ada turun padang membuat pantauan tetapi tidak ada apa-apa perubahan pun yang berlaku. Misalnya, Pasar di Taman Jumbo. Harganya bukan setakat mahal malah tidak masuk akal. Bayangkan sebiji petola kecil dijual dengan harga RM2,” kesalnya.
Justeru itu, katanya beliau memohon pihak berkaitan supaya dapat mengambil tindakan tegas dan bukan hanya membuat pantauan terhadap masalah ini dan juga menasihatkan pengguna agar tidak membeli daripada peniaga yang mengenakan harga mahal.
“Ini kerana kalau hanya membut pantauan, saya rasa kami (pengguna) telahpun siap membuat pantauan dan mengesan peniaga yang mengenakan harga terlalu mahal, cuma kami tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap peniaga ini. Jika nak pulau pula, di mana kami hendak beli barang? KK? Lagi bertambahlah kos perbelanjaan kami,” adunya.
“Bayangkan bagaimana kami nak hidup dalam situasi ekonomi yang terlalu mengekang. Sekarang ini pun hidup kami tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mungkin orang kerajaan (pekerja kerajaan) masih mampu bertahan dengan keadaan ini tetapi bagaiamana dengan kami (pekerja swasta) yang mempunya gaji cukup makan sahaja?” tambahnya.
“Harga minyak sudah turun tujuh kali, harga barang pula semakin tinggi, pendapatan masih rendah. Jika hal ini berterusan saya rasa susahlah kehidupan rakyat golongan sederhana. Jadi saya merayu kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab agar melakukan tindakan alternatif yang boleh menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” pintanya.
Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) setelah dihubungi oleh Actionline mengatakan bahawa kawalan harga tidak termasuk dalam bidang kuasa mereka.
“Kami cuma boleh menasihatkan pengguna agar memulau peniaga yang mengenakan harga terlalu mahal. Ini kerana pihak kami tidak mempuyai kuasa dalam mengawal harga barang pengguna”.
Walau bagaimanapun, beliau berharap agar pengadu dapat berdepan terus dengan pihak KPDN dan memberikan maklumat penuh identiti mereka bagi rekod KPDN supaya sebarang hasil tinjauan dimaklumkan secara langsung kepada pengadu tersebut.
New Sabah Times -ACTIONLINE
New Sabah Times -ACTIONLINE
Salam Saudara....
ReplyDeletePerkara ini boleh diselesaikan kalau kerajaan bersedia untuk mempraktikkan sekali lagi cara penyelesaian oleh parti kerajaan BERJAYA dahulu, yang mana kedai-kedai rakyat (KOJASA)ditubuhkan untuk menghalang pekedai-pekedai tamak ini mengaut keuntungan dari kesusahan orang lain. Nantilah..kita kempen minta kerajaan menghidupkan semula kedai-kedai rakyat ini supaya semua kedai-kedai yang degil ini gulung tikar...macammm???
Salam kembali Denakan,
ReplyDeleteTepat sekali, tadi pagi saya dan kawan-kawan pun menceritakan tentang konsep 'KOJASA’ untuk menangani isu pekedai yang tidak menurunkan barang-barang ini.
Ajar pekedai-pekedai tamak tu dengan mengujudkan satu saingan. kalau BERJAYA boleh buat kenapa pula BN tak boleh buat !!..
Cuma ketua Menteri kena serius dan terlibat dalam hal ini. Bincangkan di Kabinet atau DUN. Pasti nya banyak yang setuju.
Soal kos 'overhead' atau pun management, tiada problem. Kita maseh ada resources dan banyak pakar-pakar yang boleh membantu. Termasuk Denakan sendiri pun layak, kalau di bagi peluang dan mandat.
Soal nya ada kah pehak YB yang berani memulakan isu ini ? Di Tuaran rasa nya YB Datuk Jaid Jahim atau pun Datuk Hajiji dan Datuk Yahya Hussin (Petagas) agak nya boleh kalau dapat di hubungi.
MP Tuaran tu, jangan harap. Sikit-sikit politik. Kalau perkara yang ada berkepentingan sendiri baru bertindak.
Bukan berani jumpa CM dan bincang bagus-bagus. Asek-asek cari gaduh atau keluarkan komplen di news paper, macam mana boleh selesai.
Saudara Solymone...
ReplyDeleteInsyallah, akan kami usahakan melalui rangkaian kami diseluruh negara...!!