Selanjut nya, selepas PRU12, kita telah banyak mendengar janji-janji baru, berupa program-program pembangunan untuk rakyat yang dijangka akan di salurkan kepada negeri Sabah dengan kadar ' bila-bila masa'. Tujuan ada lah murni untuk membantu rakyat Sabah.
Janji-janji in kebanyakan nya telah di laungkan oleh pemimpin-pemimpin BN pusat (UMNO based) .
Kita terpaksa tunggu, kerana kita tidak lari kemana...
Antara nya, saya ‘chronicle’ kan serba sedikit perkara yang saya katakan menarik dengan harapan kita kongsi dan fikir bersama secara positif disamping merima nya sebagai iktibar.
1) Ketua Wanita PKR Sabah, Saukinah Yusoff menyatakan bahawa Sabah kini telah menjadi negeri kepada lebih kurang dua juta pendatang asing. Kata beliau, menurut statistik tahun 2005, Jabatan Immigration telah mengeluarkan terlalu banyak pass khas IMM13 kepada Pelarian MORO dari Filipina.
Kini beliau risau, bilangan tersebut telah melebihi bilangan penduduk peribumi. Di samping itu beliau juga khuatir, mereka ini akan menjadi saingan rakyat Peribumi Sabah dalam perebutan peluang pekerjaan disini.
2) President PKR Datuk Seri Wan Azizah mempertaruhkan bahawa Negeri Sabah dan Sarawak yang akan memberi kemenangan mutlak kepada PKR dan kerajaan PR di masa akan datang. Justru itu, persetujuan telah dibuat untuk mengesahkan kenaikkan 20% royalty Gas Petrol.
Disamping itu rakyat Peribumi Sabah dan Sarawak akan diberi peluang luas untuk memainkan peranan penting di peringkat Nasional.
3) ADUN Ngemah Sarawak, YB Gabriel Adit dan beberapa orang yang lain telah masuk PKR baru-baru ini . Situasi ini di lihat sebagai 'Major miles stone for PKR in Sarawak'.
4) Kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee sebagai tetamu khas dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.
5) Kesediaan PKR untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis bagi mengambil alih tempat Anwar bila dijangka perlu.
6) Kerajaan Perak tubuh Sekretariat Blogger sebagai permulaan dan contoh kepada negeri-negeri yang lain. Langkah bijak untuk menghormati peranan Blogger
7) Sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi cita-cita PR untuk mengambil alih Kerajaan. Namun kali ini tarikh tidak di tentukan oleh beliau
8) PKR bertegas Mengembalikan kuasa Raja
Dalam kontek ‘ strategic management dan critical thinking’ isu-isu di atas walaupun ada yang berpandangan ia nya terlalu remeh, mudah lagi kecil. Namun dalam jangka jarak jauh dan dalam keadaan dunia yang dinamik kini; ia nya perlu juga di ambil kira. Sekurang-kurang nya dari sudut akedemik. Jangan sampai dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat. Kerana dalam dunia zaman ICT ini, macam-macam boleh jadi.
Kecuali sememang nya ‘ Political Government’ yang sedia ada, dalam keadaan yang selesa dan ‘ Heavenly perfect’.
Maana nya, tiada cacat celah nya...
Assalamualaikum.., Saudara Solymon,
ReplyDeleteSaya amat tertarik dengan apa yang diutarakan oleh saudara, mengenai dengan pertanyaan usul pucuk pimpinan PKR. Keperihatinan saudara mengenai dengan masalah rakyat Sabah dan Sarawak amat mencuitkan hati Akikalawon, serta merenung seketika waktu untuk menggambarkan saudara ini sememangnya berjiwa rakyat. Maka dengan itu, sekadar melihat serta memerhati janji, serta halatuju pucuk pimpinan parti, tidak akan menjadi kenyataan seandainya sokongan serta 1 undi peribadi tidak disertai. Tapi apa-apapun itu adalah hak mutlak yang lahir daripada gerak hati dan sanubari saudara. Teruskan dengan komen-komen yang bernas serta membina agar segala-galanya menjadi kenyataan. Terima kasih...,
Daripada Akikalawon.