Friday, October 24, 2008

PEMBANGUNAN KORIDOR PB(U) DALAM KENANGAN

PRELUDE (Malay version)

Sempena perayaan hari raya aidil fitri yang lalu saya telah sempat di tanya oleh Saudara Awadnir ( Timbalan Ketua UMNO Kota Belud ) sama ada saya maseh ingat lagi tentang cadangan Pembangunan Koridor Pantai barat Utara (PKPBU). Yangmana pada suatu ketika saya selalu ceritakan kepada beliau.
Mengimbas kembali cerita ini, beliau berharap agar PKPBU ini ditimbulkan kembali selaras dengan kehendak dan keadaan rakyat yang bermastautin di daerah-daerah yang terlibat dalam program PKPBU. Saya berjanji dengan beliau bahawa saya akan berusaha akan ‘ look into it’ bila mana saya ada masa.
Saya jelaskan juga, bahawa di Daerah Tuaran pun kami ada program sealiran dengan PKPBU berjodol ‘ Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran’.

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN KORIDOR PANTAI BARAT UTARA
Sabenar nya cadangan untuk melaksanakan PKPBU ini pernah di lancarkan oleh Datuk Seri Salleh Said keruak( DSSK) selaku Ketua Menteri negeri sabah ketika itu.
Namun satelah peralihan Ketua Menteri berlandas kan giliran setiap dua tahun, program ini hilang begitu sahaja. Namun untuk beberapa orang yang maseh mengingati nya, ia ada lah satu legasi murni untuk rakyat pantai barat utara sabah.

KORIDOR PANTAI BARAT UTARA BERPOTENSI UNTUK PEMBANGUNAN PELBAGAI SEKTOR
Strategi utama pembangunan di Malaysia ialah untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri, wilayah dan daerah. Selaras dengan matlamat tersebut, pusat-pusat pembangunan yang baru perlu memiliki keupayaan dan kesediaan menyerapkan limpahan pembangunan daripada wilayah-wilayah lain dan berhampiran yang lebih membangun agar dapat berperanan dan bersaing dalam arus pembangunan perdana negara.
Petunjuk-petunjuk dan kriteria kewujudan ketidakseimbangan pembangunan wilayah seperti kadar pengangguran, kemiskinan, kemudahan kesihatan, pendidikan, infrastruktur, utiliti awam dan peluang-peluang penjanaan ekonomi masih menjadi fenomena sosioekonomi dan sosiopolitik Negeri Sabah.
Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan tersusun bermula di daerah ke peringkat negeri perlu diselaraskan selari dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) sebagai strategi merapatkan jurang perbezaan tahap pertumbuhan dan pembangunan antara wilayah dan daerah.
Sejajar dengan Wawasan 2020, langkah-langkah mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial sebagai formula untuk mewujudkan dan mempromosi keadilan sosial dan perkongsian saksama dari pertumbuhan ekonomi negara.
Pelan Perancangan PKPBU yang di maksud kan, khususnya untuk Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
IMPIAN DATUK SERI SALLEH DALAM KENANGAN
Menurut Datuk Salleh, pembangunan di kawasan ini memerlukan perancangan rapi dan tersusun bagi memastikan potensi pembangunan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sementara hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
"Masyarakat setempat dan tempatan hendaklah diberi keutamaan bagi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat yang berpanjangan”, kata beliau..
Dalam pada itu, Datuk Salleh juga menegaskan bahawa objektif pembangunan yang dirancang akan mudah dicapai sekiranya revolusi pemikiran dilakukan di kalangan kakitangan awam di semua peringkat.
"Aspek pengurusan yang cekap dan budaya kerja cemerlang adalah antara perkara yang perlu ada pada kakitangan agensi awam, selain sikap profesionalisme yang perlu dipertingkatkan dengan mengenepikan elemen-elemen birokrasi keterlaluan yang menjadi punca kepada "hidden cost" selaras dengan konsep "re-inventing government," kata beliau.
EPILOG
Saperti DSSK, pada pandangan saya selaku mantan Jurutera Daerah Kanan Kota Belud, kawasan-kawasan di koridor ini amat kaya dengan pelbagai sumber asli, tanah yang subur, perairannya yang luas dan kaya dengan hasil marin di samping alam sekitarnya yang indah banyak kawasan boleh dimajukan di kawasan berkenaan termasuk pelancongan, perikanan, pertanian termasuk penanaman herba, penternakan dan pengeluaran produk saperti padi dan getah.
Walau macammana pun, pembangunan infrastruktur yang tersusun perlu di kendalikan dehulu di kawasan yang yang dikenal pasti sebagai pusat pembangunan tegar. Ini termasuk ' Road Interaction ' diantara daerah yang terlibat.
PENUTUPAN
kira nya usaha untuk memajukan koridor ini berjaya di teruskan ,saya pasti ia nya akan menepati selera masyarakat koridor utara untuk mengurangkan kemiskinan dan pengangguran di kawasan mereka khasnya dan negeri Sabah am nya.
Akhir nya, saya pasti saudara Awadnir dan DSSK akan gembira bersama.

No comments:

Post a Comment