Monday, September 15, 2008

IS SABAH TRULY MALAYSIA? OR BAGUS BAH ?



PRELUDE
Berita dari surat-surat khabar tempatan atau pun berita nasional dari corong-corong TV yang menyiarkan berita yang berkaitan dengan magik september 16 atau peralihan kerajaan semua nya sudah hampir tidak bermaana lagi. Cerita-cerita yang serius seakan-akan sudah menjadi remeh temeh.
Membuat kita hampir-hampir malas dan muak mendengar. Apa lagi untuk menulis articles yang berhubung kait dengan perkara tersebut. Semua isu-isu besar seakan-akan kehilangan daya tarikan dan thrill. Saperti kata Datuk Salleh Said keruak , ada lah lebih baik kita tunggu dan lihat kesudahan nya.
SABAH KELUAR DARI MALAYSIA? OH NO !
Walau macamana pun seminar sehari bertajuk the secession is out telah menarik perhatian beberapa orang blogger dan surfers di sini. Terutama sekali blogger sensasi Pemuda Sabah. Antara huraian beliau ( mohon izin) ada lah saperti berikut: “
"There is no question of secession from Malaysia as the States cannot withdraw from the Federation. Prof. Dr Shad Saleem Faruqi from the Faculty of Law, Universiti Teknologi Mara (UiTM) said joining a federation is irrevocable.
A one-day seminar was jointly organised by the Council of Justices of the Peace Sabah (MAJAPS) headed by Datuk Clarence Bongkos Malakun and Sabah Law Association led by Datuk John Sikayun at Pacific Sutera Hotel here. Minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Bernard Dompok officiated at the seminar.
The seminar also heard that while Sabah and Sarawak have been granted immigration powers, the Minister of Home Affairs has the right to grant citizenship, which is not to be challenged in a court of law. The conflict here in Sabah is that we don't have the right to say who should be citizens. The State Director of Immigration is not answerable to the Chief Minister of Sabah but to the Director-General of Immigration, Malaysia.
"Loyalty must be to the Sabah State Government. Hence the Director of the National Registration Department and Director of Immigration should be a Sabahan," Anifah pointed out.On his travels to 32 countries, Anifah noted that none of the ambassadors or high commissioners in those nations were Sabahans. " “(
http://pemudasabah.blogspot.com/2008/09/secession-is-out.html).
Inti pati yang kita dapat dalam content yang telah Blogger Pemuda Sabah ia lah persoalan yang telah di akui bersama oleh pemimpin-pemimpin di sini yang mahukan beberapa jabatan dan agensi di sini seharus nya di kendali kan oleh kerajaan negeri sabah sendiri.
Walau pun isu ini nampak sensitif tetapi sebenar nya , cerita ini bukan baru. Datuk Dr Jeffry Kitingan pun dalam buku “ Keadilan untuk Sabah’ telah menyuarakan pendapat beliau dengan panjang lebar. Namun hingga kini tiada juga hasil nya.
Untuk kita kongsi bersama, di sini saya catetkan rujukan website bilangan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di sabah setakat ini. Jabatan ada lah sebanyak 65. Manakala agensi ada lah sebanyak 29.
http://www.geocities.com/psups_2000/LAMANJBTNKNN.html.
PERANAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI SUDUT 'POSITIVE THINKING'
Secara positif nya Jabatan dan Agensi persekutuan ini serba sedikit telah membantu negeri Sabah dalam beberapa perkara saperti membuka tanah terbiar , mengurangkan kemiskinan, menaikkan ekonomi, melindungi ketenteraman dan sebagai nya.
Walau macam mana pun, pada pandangan kita setakat ini hanya dua Agensi ia itu FELCRA dan FELDA (kawasan Sahabat Lahad Datu) dan Jabatan kemajuan Kemasyarakatan Persekutuan (KEMAS) telah menunjukkan kejayaan yang di terima oleh penduduk tempatan . Terutama sekali KEMAS, yangmana setakat ini telah banyak membantu masyarakat sabah
Kehadiran Jabatan-Jabatan yang berkaitan dengan keselamatan Negara, jarang di petikaikan. Ini termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera. Manakala Jabatan Pendidikan dengan program pembangunan mega projek mereka selama ini telah menambat hati rakyat di sini.
Jabatan Persekutuan yang ada di sabah Saperti Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pembangunan Kopersi , Lembaga Kemajuan Ikan dan Lembaga Pertubuhan Perladangan dirasakan telah melakukan pembaziran kerana melaksana kan tugas-tugas yang bertindih dengan fungsi Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri yang sedia ada.
Manakala yang lain saperti Lembaga KoKo, Lembaga Kemajuan Industri,Lembaga Perindustrian Kayu dan lain-lain tidak banyak mendapat perhatian penduduk di sini.
PERANAN LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH DALAM KONTEK MEMENUHI CITA RASA PELADANG GETAH SABAH

Akhir-akhir ini penduduk di sini merasa keliru dengan program mega yang di laung-laungkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS). Mereka merasakan ia nya telah mengenepikan peluang Lembaga Tabung Getah Sabah untuk terus berkembang maju.
Mereka merasakan sepatut nya peruntukan dari kerajaan persekutuan di salurkan kepada Lembaga Tabung Getah Sabah yangmana lebih mengetahui hal ehwal tanah di Sabah di samping mempunyai cukup jentera dan kepakaran.
Secara menyeluruh, tidak banyak peladang-peladang getah di sabah yang telah berurusan dengan LIGS secara terus. Peranan LIGS dalam kontek bantuan penanaman semula dan bantuan sampingan maseh tidak jelas.
Kata mereka program LIGS untuk menanam getah di tanah-tanah yang baru di teroki sepatut nya perlu di kaji semula sama ada ia nya memenuhi kaedah Lembaga Tabung Getah Sabah yang telah membantu mereka selama ini. Mereka sangsi LIGS ini tidak akan sealiran dengan cita rasa peladang-peladang getah tempatan.
PENYELESAIAN ULTIMATUM
Dalam kekalutan dan pergolakan politik yang tidak stabil kini, kita seharus nya mengambil iktibar untuk menyatakan dengan telus punca masalah yang menyebabkan kita selalu mempersoalkan hubungan kita dengan kerajaan Persekutuan.
Isu sebenar yang selalu di laungkan di sini ada lah peruntukan privilege khas untuk Sabah. Seharus nya di salurkan terus kepada kerajaan negeri melalui Kementerian kewangan Sabah. Malang nya, hingga setakat ini, di salurkan terus kepada Jabatan dan Agency Kerajaan Persekutuan melalui satu Badan Kewangan Perseketuan yang di beri kuasa.
EPILOGUE - LONG AND WINDING ROADS
Sama ada perubahan kerajaan atau pun tidak, masaalah yang kita hadapi ini pasti akan kekal. kecuali kita bersatu dan tidak putus asa untuk meneruskan perundingan dengan pehak KL.

No comments:

Post a Comment