Bendera Malaysia Ku
INTRODUKSI
Semalam saya sempat menonton program berupa forum di TV1. Forum ini disertai oleh tiga orang MP. Termasuk sahabat saya Dato Ibrahim Ali (MP-Bebas). Saya dan Dato Ibrahim Ali pernah bersama untuk mewakili Malaysia dalam Program pertukaran belia sedunia di Kanada pada tahun 1973.
Dalam forum ini, ketiga-tiga MP bersetuju bahawa pertukaran kerajaan, ada lah impian kosong Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. Tiada ada kemungkinan perkara ini akan terjadi. Justru itu, mereka mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia agar melupakan khabar-khabar angin ini. Disebalik nya menumpukan perhatian kepada pembangunan semasa yang telah dirancang kan oleh kerajaan selaras dengan skop kerja yang telah di luluskan dalam budget 2009 baru-baru ini.
SIAPA SALAH SIAPA
Pada keseluruhan nya, saya labelkan program ini ‘ biasa-biasa sahaja’. Ia nya terlalu berpehak kepada ‘ fault finding’ rather than ‘ problem solving’ . Tujuan semata-mata untuk memperkecil kan kewibawaan DSAI dan PR . Malang nya wakil dari PR tidak ada dalam program tersebut untuk memberi maklum balas. So, kita tidak tahu cerita disebalik nya sebab-sebab kegagalan PR untuk menubuh kerajaan pada sept 16. Saperti yang di janji kan oleh DSAI.
Walau pun masa yang di sedia kan untuk program ini tidak mencukupi , sepatutnya , sebanyak sedikit kelemahan pemimpin-pemimpin BN, perlu juga di ketengahkan. Terutama sekali dalam kontek menangani gejala kemiskinan dan pengangguran.
Pada hakikat nya ,MP-MP tersebut tahu bahawa kegagalan dalam menangani isu ini lah kunci utama yang telah memberi ruang kepada DSAI untuk bercita-cita mengambil alih kerajaan.
Tidak dapat di nafikan bahawa banyak yang taksub menuduh DSAI terlalu mementing kan diri. Berjuang semata-mata untuk membalas dendam dan mahu menjadi Perdana Menteri. Namun di sebalik tabir, saya percaya banyak juga yang menerima DSAI sebagai pemimpin yang telus untuk memperjuangkan nasib rakyat yang terbiar.
LAIN YANG TERSIRAT, NANTI LAIN PULA YANG TERSURAT
Secara peribadi dan sebagai rakyat biasa dari Sabah, saya tidak lah gelojoh sangat untuk melihat perubahan drastik pada kerajaan. Atau pun terlampau ketagih untuk melihat DSAI menjadi Perdana Menteri.
Bagi saya, kira nya perkara ini berlaku, sebanyak sedikit, akan menganggu ketenteraman yang sedia aman ini. Saya percaya pada erti kata Demokrasi yang sebenar. Kerajaan di tubuh kan satelah sebuah parti atau gabungan mendapat majoriti dalam pilihan raya umum. Itu baru lah gentleman bah.
Secara am nya, kebanyakan rakyat Sabah agak skeptical juga tentang janji-janji kerajaan PR. Sama ada ia nya benar-benar akan di kota kan atau pun janji hanya tinggal janji. Orang kata, “lain tersirat, akhir nya lain pula yang tersurat”.
Dari awal-awal lagi saya telah membayangkan dalam blog ini, bahawa tiada kemungkinan MP dari Sabah akan terjebak untuk turut menubuhkan kerajaan pada sept 16 ini. Kerana pada keseluruhan nya, rakyat di sini belum bersedia untuk merestui penubuhan kerajaan baru pada bulan Ramadan ini. Feels belum sampai kata mereka.
Walau pun kedengaran komplen ke tidak puasan terhadap dasar kerajaan BN disini. Namun buat masa ini kerajaan BN maseh kukuh di Sabah. Pergolakan politik yang berlaku sekarang ini hanya tertumpuh di perengkat Nasional. Bukan di Sabah.
EPILOGUE
However, kalau hak-hak rakyat Sabah sudah tidak lagi dihormati, saya tidak heran kalau tragedy lompat katak ini akan menjadi realiti disini. Bagi rakyat Sabah, budaya “Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” ini sudah tidak asing lagi.
No comments:
Post a Comment