Tuesday, September 2, 2008

SAPP DALAM BN SAPERTI PELANGI DI AMBANG SORE

PRELUDE
Akhir-akhir ini Russia telah menyerang Negara Georgia di Lembah Ukraine. Tunjuk perasaan besar-besaran yang sengit kini sedang berlaku di Bangkok dan di lain-lain bandar di Thailand. Banjir besar yang melibatkan kesengsaraan berjuta-juta manusia dan binatang haiwan juga sedang berlaku di kawasan Bihar India. Angin taufan Gustav maseh mengganas di lautan teluk Caribbean. Saperti taufan Katrina, Gustav telah melanda dengan dahysat nya kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pesisiran pantai timur selatan, Amerika Syarikat.
CONVENTION ALA SAPP
Dalam cela-cela kecelakaan ini ,Sabah Progressive Party (SAPP ) telah sempat mengadakan Convention bertempat di Putera Theatre Ballroom, Bukit Padang Kota Kinabalu, baru-baru ini. Objektif convention menurut Pengurusi penganjur, YB Datuk Eric Majimbun ada lah untuk membentuk semula garis panduan(Road Map) sebuah Kerajaan yang telus lagi Progressive dan Harmoni.
Convention tersebut telah di hadiri oleh lebih kurang 1,000 peserta. Antara yang turut bersama pada hari tersebut ada lah Dr. Jeffry Kitingan, Hj Ansari Abdullah, Datuk Harris Salleh (Mantan Ketua Menteri Sabah), Datuk James Ligunjang, Datuk Simon Sipaun (Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengurusi SHUAKAM), Dr Hiew(DAP MP for Kota Kinabalu) Amrie Sidek dan yang lain-lain lagi.
Menurut lapuran, Pemimpin-Pemimpin dan wakil rakyat BN yang lain tidak hadir pada hari tersebut. Walau pun pada hakikat nya telah di jemput.
Malang nya panel-panel Speakers hari itu terlalu banyak menguraikan kelemahan-kelemahan kerajaan BN dalam kontek prasarana Negeri Sabah khas nya.
ISU HANGAT
Antara Topik yang telah di ‘Highlighted’ kan pada hari itu ada lah isu;
1) 20 Points
2) Royalti minyak
3) PTI
4) kes penyerahan Pulau Labuan kepada kerajaan Persekutuan
5) Kelemahan Budget 2009 dalam menyelesaikan masaalah inflasi dan kemiskinan rakyat Sabah.
Apa yang menarik perhatian penulis selama ini ia lah sifat SAPP yang cukup berani dan lantang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat sabah. Mala untuk tujuan ini, SAPP sanggup menyokong usul tidak percaya kepada PM selaku Ketua BN.
Sama ada tindakan SAPP itu betul atau pun tidak ,rasa nya perbuatan salah laku SAPP terhadap BN ada lah amat mengelirukan. Apa lagi di saat-saat BN masa kini tengah berhadapan dengan gelombang permasalahan.
Walau pun langkah pertama berupa amaran dan kemaafan telah di beri oleh Jawatan kuasa Tata Tertib BN pusat kepada SAPP, namun tingkah laku SAPP dalam mempersoalkan kewibawaan BN maseh berterusan. Antara nya ia lah tindakan berani SAPP akhir-akhir ini. Di mana mereka telah menghilangkan lambang dacing BN dari logo dan poster-poster promosi mereka.
EPILOGUE
Nampak nya kehadiran SAPP dalam BN masa kini seakan-akan saperti pelangi yang bersinar di ambang sore.

No comments:

Post a Comment