SOLYMONE BLOG
Showing posts with label MCA menentang keras tindakan Kementerian Penerangan mengurangkan masa siaran Berita Mandarin di RTM. Show all posts

MCA TENTANG DASAR BERITA RTM

Sunday, December 14, 2008

MCA menentang keras tindakan Kementerian Penerangan mengurangkan masa siaran Berita Mandarin di RTM daripada 60 kepada 30 minit yang akan berkuatkuasa tahun depan.

“Langkah ini jelas menghakis hak penonton untuk menerima berita Mandarin.

“Kementerian Penerangan sewajarnya menyediakan dasar penyiaran nasional yang adil bagi membolehkan hak siaran yang sama bagi pelbagai kaum,” kata jurucakapnya Lee Wei Kiat.

“Berikutan peningkatan pengaruh ekonomi dari China, ramai dan kian ramai rakyat Malaysia mempelajari Mandarin.

“Bagaimanapun, Kementerian Penerangan bertindak sebaliknya dengan mengurangkan masa siaran berita Mandarin,” tambahnya dalam sebuah kenyataan hari ini, mengulas pengumuman menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Parti komponen BN itu juga kecewa dengan perpindahan program itu kepada saluran RTM1 – sebelumnya ia disiarkan RTM2 – yang dijadikan alasan untuk mengurangkan masa siaran tersebut.

Mulai 2009, berita Mandarin disiarkan pada 8 malam, diikuti berita Tamil. Berita utama dalam Bahasa Malaysia pula dianjak ke jam 9 malam.

Bercakap di Dewan Rakyat kelmarin, Ahmad Shabery meminta pihak tertentu tidak terlalu sensitif dengan pengurangan masa siaran itu kerana ia tiada kena-mengena dengan sentimen perkauman.

SABAHDAILY.COM

Read On 3 comments

VISITORS DETAIL LOCATION


VISITORS GEOFLAGS SINCE AUGUST 26, 2009

SABAH, MALAYSIAN BORNEO - THE LAND BELOW THE WIND

https://www.youtube.com/watch?v=FwwqqEiV0is

National Portal News Onine

Translate

TOTAL PAGES VIEW SINCE 30 DAYS AGO

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

Solymone

My photo
Tenghilan, TUARAN, Sabah, Malaysia

MY FACEBOOK

VISITORS LOCATION GLOBE

VISITORS NATIONAL FLAG

VISITORS GEOFLAGS BY CITY

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH

WHY I KEEP RE-VISITING SABAH
Clicks To Read

IINTERNATIONAL BLOGSPOT

BLOG ARCHIVE

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

MALAYSIAN BORNEO BLOGGERS

...................................................................

...................................................................
MALAYSIAN
Blog Widget by LinkWithin